Saturday, October 10, 2009

Kejayaan Yg Manis

Dari kecil lagi, aku bukanlah seorang yang namanya disebut untuk sebarang anugerah macam pelajar cemerlang, kehadiran penuh, jauh sekali pelajar contoh. Aku x pernah terasa bila kawan2 dapat anugerah2 camtu. Mereka layak terima sbb mereka bekerja keras. Kalau pun mereka x layak, aku percaya dan yakin mesti ada sesuatu istimewa dan lain yg mereka dah lakukan dari aku yang serba biasa ni.

Mungkin secara lahiriah lagi aku ni jenis orang kata xberapa nak pulun. Aku bukanlah seorang yang mempunyai dedikasi yg sangat tinggi. Mungkin kebergantungan aku kpd parents aku buat aku xkisah dlm semua hal.

Masa aku sekolah rendah aku dikelilingi oleh kawan2 yg pandai dan sangat rajin. Walaupun aku x tertinggal jauh dalam kelas, namun harapan menggunung orang tua ku utk aku dpt top 5 selalunya hampa. Masa tu, kalau dapat top 10 pun dah kira beruntung sbb kawan2 aku masa kat Convent tu bukan main lagi rajin, siap tusyen, ko-kurikulum cemerlang..Aku? tusyen jugak...tapi bukan ko-kurikulum..masa tu abah xbagi aku berko-ku sbb dia takut aku xstudy.
Antara kejayaan kecil aku bila aku dipilih utk masuk gymnastic masa darjah 4, cikgu tu pilih sendiri aku. Bangga sangat. Malangnya abah xbagi takut aku cedera dan xbelajar. Satu lagi aku dipilih jugak utk join group koir english skolah. Hanya 5 org je terpilih. Masa tu darjah 6. Abah xbagi juga. Koir skolah tu sampai peringkat negeri, sedihnya aku.

Peringkat sekolah rendah Tahap 2 adalah sangat sesuai utk pembentukkan keyakinan diri seorang kanak2. Dengan insiden2 tadi, keyakinan diri aku xterbentuk sepenuhnya. Namun, sebagai anak aku akur dgn kehendak org tua. Mama selalu ajar aku supaya look on the bright side. At least aku terpilih, bermaksud aku punya bakat.

Habis sekolah rendah aku layak masuk SMK Sultan Badlishah, sekolah yang top di Kulim dan terkenal di Kedah. Sekolah budak2 pandai. Terkejut aku bila abah xbagi aku masuk skolah tu dgn alasan aku xcukup matang utk sekolah yang campur jantina. Patah semangat aku. Namun, pengalaman aku di SMK St Anne's Convent sangat manis. Dilantik sbg pengawas, aku mula kenali bakat pengerusi majlis. Setiap kali giliran aku jadi pengerusi majlis utk perhimpunan mingguan, aku akan lakukan yang terbaik!! Bakat berdebat aku pun timbul, namun x diteruskan masa aku masuk MRSM. Aku jugak pernah menang Song Festival di Convent. Perancangan awal aku, Ainul, Wani dan Ayuni (kalau xsilap) pakat nak masuk sbg 1 kumpulan, tapi bila nama dah diberi, diorang tarik diri. Masa tu xboleh tarik diri sbb kurang penyertaan. Maka, aku lah yang kena nyanyi. lagunya How Do I by Shania Twain. Juara kau! sbb kurang penyertaan, aku bertanding dgn tingkatan 4 dan 5. Kiranya akulah wakil Ting 1, 2 dan 3. Siot je, sib baik menang.
Kejayaan2 kecil yg cukup manis dan bermakna utk aku..dari situ, aku mula yakin dgn diri aku.

Masuk MRSM, keyakinan aku terus merudum ke tahap negatif. Maklumlah, MRSM tempat pelajar2 berbakat dan sangatlah pandai. Aku terletak di golongan sederhana seperti selalu. Antara kejayaan kecil aku masa MRSM yg boleh dikira, English Essay aku antara 3 terbaik dipilih oleh cikgu sbb kreativiti cerita aku mengenai How Music Effected My Life. Aku buat cerita cinta. Dari situ aku tau aku boleh guna kreativiti aku or angan2 aku ke arah menulis essay. Bangga babe! Antara yg pandai2 tu, essay aku dipilih top 3..Masa sekolah menengah aku join ko-k sepuasnya. Semua aku masuk. Biro Kebajikan, PBSM, silat, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengakap, kelab komputer, matematik...belasah sume..Memang betul ko-k ni membantu remaja mengembangkan kemahiran, team work n leadership. Satu lagi aku terpilih untuk mewakili sekolah untuk Silat Wiralaga. Pergggghhhh.....ganas seh....tapi batal sbb masa tu cuti sekolah..Sib baik..kalau x, ntah sape2 la aku belasah hari ni sbb terlampau yakin diri....

Masuk matrikulasi, aku dalam golongan yang sederhana-cemerlang, sempadan la kiranya. Pandai sket dari sebelum2nya..Pernah lah jadi setiausaha kelab perpustakaan...amik kau!! terkejut? dari situ aku tau aku xsuka jadi setiausaha...banyak seh surat, laporan kena tulis...meluat....

Masa USM, aku tengah zaman menentang abah aku sbb dia wat rayuan kat USM utk kos matematik lulus. Aku asalnya dpt UPM (Human Resource), mmg plan nak wat betul2 1st year than tukar course matematik 2nd year. Skali abah aku paksa aku masuk USM. 2week in UPM cukup best utk aku, freedom n independant. Aku jauh dari keluarga dan aku yakin aku boleh berdikari. aku siap dah plan n excited nak balik naik bas ekspres. Maklumlah, selalu dekat dgn family, jarang2 dpt naik bas ekspres jauh2...Sekali abah aku paksa, aku tetap akur. masuklah aku USM. Hidup aku kat USM xbest langsung. banyak dugaan, keseorangan xramai kawan 1 course sbb msk lambat kan...ade 1 je kejayaan aku...aku hampir dpt sijil dekan. tu pon hampir je..satu lagi aku dpt A utk bahasa perancis...bonjour...bonjour....bangga babe...

Bila aku dpt msk KPLI...aku azam nak wat yg terbaik. Namun, lahiriah aku yg jenis xbrapa nak pulun tetap kekal..siapa yg xteringin dapat Guru Cemerlang kan? semua teringin. Tapi utk aku teringin tu sekadar teringin je. Effort aku banyak, tapi xsebanyak kwn2 aku yg teringin tu jugak. Effort aku akan banyak bila lecturer nak datang observe waktu praktikum tu. Awal2 tu work hard jugak, tapi letih sgt n fed up. aku pon work smart sket. Tak sangka aku dicalonkan, walaupun teringin, tapi aku rasa org lain lebih layak. Aku dah dapat agak mesti ada desas desus yang akan bercakap2 sbb aku dicalonkan, walhal kwn2 aku yg lain kerja keras tiap2 hari wat alat bantu mengajar n lesson plan.

Pencalonan ni sangat bermakna bagi aku sbb setelah sekian lama, inilah pengiktirafan terbesar dlm hidup aku. Kejayaan yang besar utk aku. Nama aku tidak pernah dikaitkan dengan perkataan cemerlang sebelum ni. XPERNAH langsung. Biasa-biasa saja. Keyakinan aku menjadi lebih utuh. Namun, jauh di sudut hati aku, persoalan layakkah aku sebenarnya utk pencalonan ini sering timbul..

Malu dgn diri sendiri kerana Tuhan tidak membuka aib ku sebaliknya memberikan aku anugerah ini. Bayangkan kalau Tuhan buka aib ku, aku xwat lesson plan masa pensyarah datang observe. Malu besar aku. Alhamdulillah...malu aku dgn Tuhan...malu aku pd diri aku sendiri....malu dgn aibku yang Tuhan telah tutup dr pandangan org lain...

Namun kejayaan ini sebagai pendorong aku teruskan hidup. dengan dugaan besar aku hadapi kala ini, pencalonan inilah semangat utk aku terus kejar impian aku menjadi guru dan insyaAllah isteri dan anak yang solehah.

Kejayaan ini pendorong aku untuk lebih mempercayai diri dan Tuhan....Tuhan anugerahkan kejayaan ini agar iman ku utuh hadapi dugaan yang diturunkanNya pada aku ketika ini....